Kolej Kemahiran Pure Technics

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PLASTIK

tkp

PENGENALAN KURSUS
Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Pelatih akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti, sifat fizikal produk dan penyelenggaraan. Seterusnya pelatih akan didedahkan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat.

Pelatih akan dinilai berdasarkan Panduan Perlaksanaan Sistem Penilaian yang dikeluarkan oleh JPK. Sistem yang digunakan adalah sistem penilaian sediaada (berterusan). Di akhir program ini (selepas pelatih terampil untuk kesemua unit pembelajaran), pelatih akan dinilai dalam peperiksaan akhir yang merangkumi kedua-dua bahagian teori dan praktikal.

TAHAP YANG DITAWARKAN

 

TAHAP 2 & 3, SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

TAHAP 2:  PLASTICS INJECTION MOULDING OPERATION START UP

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  INJECTION MOULDING PRE-PRODUCTION PROCESS
  • CU2  INJECTION MOULDING MOULD PREPARATION
  • CU3  INJECTION MOULDING MACHINE PREPARATION
  • CU4  INJECTION MOULDING MOULD SET-UP
  • CU5  INJECTION MOULDING AUXILIARY EQUIPMENT SET-UP
  • CU6  INJECTION MOULDING MOULD SET-DOWN

Tempoh latihan: 12 bulan

TAHAP 3:  PLASTICS INJECTION MOULDING OPERATION START UP SUPERVISION

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  INJECTION MOULDING NEW MOULD SET-UP
  • CU2  INJECTION MOULDING TROUBLE SHOOTING PROCESS
  • CU3  INJECTION MOULDING JOB COORDINATION
  • CU4  INJECTION MOULDING PROCESS OPTIMIZATION
  • CU5  INJECTION MOULDING PRODUCTION MONITORING

Tempoh latihan: 12 bulan

TAHAP 4, DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

TAHAP 4 : TEKNOLOGI PENGELUARAN PLASTIK
PLASTIC PRODUCTION TECHNOLOGY    

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  PRODUCTION PLANNING AND CONTROL
  • CU2  PLASTICS PRODUCTION SUPPLY CHAIN MANAGEMENT
  • CU3  PLASTICS PRODUCTION OPERATION CONTROL
  • CU4  PRODUCTION QUALITY MANAGEMENT
  • CU5  PLASTICS PRODUCTION SHOP FLOOR MAINTENANCE MANAGEMENT
  • CU6  PRODUCT DESIGN AND DEVELOPMENT
  • CU7  PROCESS IMPROVEMENT AND INNOVATION

Tempoh latihan: 1 tahun 3 bulan
Bagi pelatih Tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia, selepas terampil untuk penilaian ini, pelatih perlu menjalani latihan industri dan membuat projek akhir untuk melayakkan pelatih dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia oleh JPK.