Kolej Kemahiran Pure Technics

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

PROFESSIONAL DIPLOMA IN PRODUCTION AND OPERATIONS MANAGEMENT

ProfessionalDiplomaInProduction

COURSE INTRODUCTION

The course is a collaboration with Universiti Malaysia Pahang (UMP). Trainees will learn the procedures of production and operations management for the management of a company. Trainees will be exposed to leadership management, occupational health and safety management, quality management, supply chain management and warehousing as well as process improvement and innovation.

LEARNING MODULE
  • MODUL 1:   INTRODUCTION PRODUCTION & OPERATION
  • MODUL 2:   MANAGING HUMAN CAPITAL
  • MODUL 3:   LEADERSHIP & TEAM MANAGEMENT
  • MODUL 4:   OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH
  • MODUL 5:   TOTAL QUALITY MANAGEMENT
  • MODUL 6:   SUPPLY CHAIN MANAGEMENT
  • MODUL 7:   PRODUCTION COSTING, PLANNING & CONTROL
  • MODUL 8:   PROCUREMENT MANAGEMENT
  • MODUL 9:  WAREHOUSING MANAGEMENT
  • MODUL 10:  PROCESS IMPROVEMENT & INNOVATION
  • MODUL 11:  BUSINESS COMPETITIVE STRATEGY

Duration of study: 10 Months

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PLASTIK

tkp

PENGENALAN KURSUS
Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Pelatih akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti, sifat fizikal produk dan penyelenggaraan. Seterusnya pelatih akan didedahkan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat.

Pelatih akan dinilai berdasarkan Panduan Perlaksanaan Sistem Penilaian yang dikeluarkan oleh JPK. Sistem yang digunakan adalah sistem penilaian sediaada (berterusan). Di akhir program ini (selepas pelatih terampil untuk kesemua unit pembelajaran), pelatih akan dinilai dalam peperiksaan akhir yang merangkumi kedua-dua bahagian teori dan praktikal.

TAHAP YANG DITAWARKAN

 

TAHAP 2 & 3, SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

TAHAP 2:  PLASTICS INJECTION MOULDING OPERATION START UP

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  INJECTION MOULDING PRE-PRODUCTION PROCESS
  • CU2  INJECTION MOULDING MOULD PREPARATION
  • CU3  INJECTION MOULDING MACHINE PREPARATION
  • CU4  INJECTION MOULDING MOULD SET-UP
  • CU5  INJECTION MOULDING AUXILIARY EQUIPMENT SET-UP
  • CU6  INJECTION MOULDING MOULD SET-DOWN

Tempoh latihan: 12 bulan

TAHAP 3:  PLASTICS INJECTION MOULDING OPERATION START UP SUPERVISION

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  INJECTION MOULDING NEW MOULD SET-UP
  • CU2  INJECTION MOULDING TROUBLE SHOOTING PROCESS
  • CU3  INJECTION MOULDING JOB COORDINATION
  • CU4  INJECTION MOULDING PROCESS OPTIMIZATION
  • CU5  INJECTION MOULDING PRODUCTION MONITORING

Tempoh latihan: 12 bulan

TAHAP 4, DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

TAHAP 4 : TEKNOLOGI PENGELUARAN PLASTIK
PLASTIC PRODUCTION TECHNOLOGY    

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  PRODUCTION PLANNING AND CONTROL
  • CU2  PLASTICS PRODUCTION SUPPLY CHAIN MANAGEMENT
  • CU3  PLASTICS PRODUCTION OPERATION CONTROL
  • CU4  PRODUCTION QUALITY MANAGEMENT
  • CU5  PLASTICS PRODUCTION SHOP FLOOR MAINTENANCE MANAGEMENT
  • CU6  PRODUCT DESIGN AND DEVELOPMENT
  • CU7  PROCESS IMPROVEMENT AND INNOVATION

Tempoh latihan: 1 tahun 3 bulan
Bagi pelatih Tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia, selepas terampil untuk penilaian ini, pelatih perlu menjalani latihan industri dan membuat projek akhir untuk melayakkan pelatih dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia oleh JPK.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KUALITI

tkk

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini memberi penumpuan mengenai asas pemeriksaan produk dengan menggunakan alatan pengukuran dan mengenali jenis-jenis kecacatan produk. Selepas itu, pelatih akan didedahkan kepada proses penyeliaan bagi pengurusan kualiti seperti menguruskan dokumen-dokumen kualiti, mengurus maklumbalas pelanggan, mengurus penerimaan kualiti produk serta keselamatan di tempat kerja. Seterusnya pelatih akan didedahkan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan kualiti syarikat.

Pelatih akan dinilai berdasarkan Panduan Perlaksanaan Sistem Penilaian yang dikeluarkan oleh JPK. Sistem yang digunakan adalah sistem penilaian sediaada (berterusan). Di akhir program ini (selepas pelatih terampil untuk kesemua unit pembelajaran), perantis akan dinilai dalam peperiksaan akhir yang merangkumi kedua-dua bahagian teori dan praktikal.

TAHAP YANG DITAWARKAN

 

TAHAP 2 & 3, SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

TAHAP 2:  KAWALAN KUALITI INDUSTRI

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  PRODUCT/PROCESS INSPECTION
  • CU2  PRODUCT/PROCESS INSPECTION
  • CU3  PROCESS QUALITY IMPROVEMENT

Tempoh latihan: 12 bulan

TAHAP 3:  JAMINAN KUALITI INDUSTRI (PEMBUATAN)

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  QUALITY ASSURANCE STANDARD OPERATING PROCEDURE PREPARATION
  • CU2  STATISTICAL PROCESS CONTROL (SPC) APPLICATION
  • CU3  RECORD CONTROL
  • CU4  MEASURING EQUIPMENT CALIBRATION
  • CU5  SHOP FLOOR QUALITY IMPROVEMENT
  • CU6  PRODUCT/PROCESS NON-CONFORMANCE CONTROL
  • CU7  PRODUCT QUALITY ACCEPTANCE
  • CU8  CUSTOMER FEEDBACK / RESPONSE / SURVEY
  • CU9  SUPERVISORY FUNCTIONS
  • CU10  SAFETY AT WORK PLACE PRACTICE SUPERVISION

Tempoh latihan: 12 bulan

TAHAP 4, DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

TAHAP 4 : JAMINAN KUALITI INDUSTRI

UNIT PEMBELAJARAN

  • CU1  CUSTOMER REQUIREMENT ESTABLISHMENT
  • CU2  PRODUCT CONTROL PLAN ESTABLISHMENT
  • CU3  MANUFACTURING / SYSTEM AUDIT
  • CU4  CONTINUOUS QUALITY IMPROVEMENT
  • CU5  MEASUREMENT SYSTEM ANALYSIS (MSA)
  • CU6  NON CONFORMITY ASSESSMENT
  • CU7  CUSTOMER FEEDBACK ANALYSIS
  • CU8  QUALITY ASSURANCE DOCUMENT CONTROL
  • CU9  STATISTICAL PROCESS CONTROL ANALYSIS (SPC)
  • CU10  SUPPLIER QUALITY ASSURANCE
  • CU11  PRODUCT LIABILITY ANALYSIS

Tempoh latihan: 1 tahun 3 bulan
Bagi pelatih Tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia, selepas terampil untuk penilaian ini, pelatih perlu menjalani latihan industri dan membuat projek akhir untuk melayakkan pelatih dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia oleh JPK.

PERSIJILAN

JPK merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Melalui agenda SkillsMalaysia yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2011, Kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menyemarakkan lagi usaha ini, Kerajaan telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tujuan kemasukan ke dalam  13 skim perkhidmatan awam.

Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping  menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat  terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.

JPK berperanan menilai keperluan latihan dengan :-

  • Melaksanakan program persijilan latihan kebangsaan
  • Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran
  • Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu
  • Membimbing pembelajaran / penyelidikan berkenaan latihan kemahiran
  • Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Kebangsaan
  • Menyelaras dan mengawal pelaksanaan latihan kemahiran bagi melahirkan K-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antrabangsa.
  • Menyelidik dan membangun standard kekompetenan pekerjaan dan kepakaran bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan kearah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
  • Melahirkan K-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
nos

NOSS

NOSS adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut. Setiap pusat bertauliah perlulah membangunkan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri. Oleh itu, pembangunan kurikulum latihan perlulah berasaskan NOSS.
NOSS adalah singkatan kepada National Occupational Skills Standard atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

STRUKTUR PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

SPKM


FAEDAH

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia