Kolej Kemahiran Pure Technics

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

PROFIL KOLEJ

18222244 1695013904141126 5553868753512389904 n

LATAR BELAKANG

Kolej Kemahiran Pure Technics(KKPT) merupakan Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada tahun 2002 untuk menjalankan kursus Kejuruteraan Teknologi Plastic Injection Moulding.

KKPT ditubuhkan oleh sekumpulan ahli akademik untuk menerajui bidang teknologi dalam industri plastik terutamanya Injection Moulding. Sehingga kini, hampir 1500 pelatih telah dilatih untuk menjadi tenaga mahir dan separa mahir untuk menyokong bidang ini (Plastic Injection Moulding).

Pada Oktober 2009, KKPT telah mendapat kelulusan daripada JPK bagi penambahan kursus Teknologi Jaminan Kualiti Industri (Pembuatan) untuk Tahap 2, 3 dan 4. Pada Oktober 2015, KKPT semakin berkembang dengan penambahan kursus Diploma Profesional Pengeluaran & Pengurusan Operasi usahasama Universiti Malaysia Pahang (UMP). Selain itu, KKPT juga tidak hanya melatih pelatih sahaja bahkan mencari tempat kerja untuk mereka. Ini adalah untuk memastikan pelatih-pelatih ini tidak mempersiakan kemahiran yang dimiliki.

factory

Berpusat di Taman Rasah Jaya, dimana segala urusan rasmi dan pembelajaran secara teori akan dilakukan disini.

Manakala pembelajaran secara praktikal diadakan di kilang KKPT di Kawasan Industri Ringan Seremban, Jalan Tun Dr Ismail.  


OBJEKTIF

  • Menyediakan latihan sepanjang hayat khasnya untuk menyediakan latihan pelbagai kemahiran (Multi-Skilling).
  • Mewujudkan tenaga pekerja yang mahir dan separa mahir.
  • Memberi peluang latihan berkesan dan bersistematik kepada pelajar yang berminat dalam bidang Perindustrian.
  • Meningkatkan kemahiran individu dan seterusnya mewujudkan satu peluang pekerjaan yang baik.
  • Menyokong industri-industri terutama industri plastik  di Malaysia dengan melahirkan juruteknik yang berkemahiran dan kualiti.