Kolej Kemahiran Pure Technics

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

PINJAMAN PEKERJA

pembiayaan1

PINJAMAN PEKERJA
Di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMKe-10), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan dana pinjaman peningkatan kemahiran kepada golongan pekerja.Tujuan pembiayaan pinjaman ini adalah untuk meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara:

  • Menjalani latihan semula (Reskiling);
  • Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada (Multiskiling);
  • Menjalani latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap (Upskiling); atau
  • Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja

Program Kemahiran yang dibiayai :
Kursus kemahiran yang ditawarkan dibawah program adalah program yang diiktiraf oleh badan-badan persijilan seperti berikut :

  • Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau
  • Persijilan dari institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); atau
  • Persijilan dari institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau
  • Persijilan Profesional yang diiktiraf di peringkat Antarabangsa; atau
  • Persijlan selain daripada perkara (i) hingga (iii) diatas yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.

Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman adalah bergantung kepada program kemahiran dan tahap latihan yang diikuti oleh pelatih dengan nilai minimum sebanyak RM 750.00 hingga RM 24,000 yang merangkumi :

  • Yuran Pengajian
  • Bayaran Premium insurans

Fee pentadbiran sebanyak 1% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.

Syarat Peminjam
Peminjam yang layak memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 hingga 45 tahun pada tarikh mula latihan;
  • Syarat pendapatan dikecualikan;
  • Hendaklah mengemukakan seorang (1) penjamin;
  • Mestilah terdiri daripada salah satu kategori pekerja seperti berikut;
  • Pekerja yang sedia bekerja; atau
  • Pekerja yang telah diberhentikan (retrenched) atau yang berhenti sendiri di bawah Voluntary Separation Scheme (VSS); atau
  • Pekerja yang berkerja sendiri
  • Telah berkerja sekurang-kurangnya enam (6) bulan di dalam pekerjaan sekarang / terdahulu
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bukan daripada golongan pengurusan dan professional
  • Tidak dapat mana-mana tajaan / pinjaman daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran dan penalty terdahulu (Jika ada).

Syarat Penjamin

  • Mengemukakan seorang penjamin yang nmemenuhi syarat-syarat berikut :
  • Berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM 700.00 sebulan;
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan;
  • Tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu/bapa; dan
  • Tidak diisytiharkan muflis.

Kaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran

  • Peminjam digalakkan membuka akaun Bank RHB ; dan
  • Pembayaran yuran latihan akan dibayar ke akaun peminjam dan dipindahkan secara terus ke akaun Penyedia Latihan.Bayaran premium insurans akan dibayar terus ke syarikat insurans.

Dokumen Permohonan / Penjamin Yang Diperlukan Permohonan

  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan pelatih yang telah disahkan.
  • Surat Tawaran Latihan daripada PL kepada pelatih berserta struktur yuran latihan mengikut tahap yang telah ditandatangani oleh pelatih.
  • Satu (1) salinan Pendaftaran Calon SKM / DKM / DLKM (JPK/T/1002) dan Resit Rasmi Bayaran Pendaftaran bagi program Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM).

Perjanjian

  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan.
  • Borang Persetujuan Untuk Mencarum Insurans Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Dokumen tambahan berikut diperlukan bagi kategori Pemohon berikut :

Pekerja yang sedang bekerja

  • Surat pengesahan daripada majikan mengesahkan bahawa pelatih sedang bekerja di majikan sekarang.
  • Salinan Slip Gaji Bulan Terkini dan Penyata KWSP / Penyata Caruman PERKESO untuk membukti telah bekerja / mempunyai pengalaman kerja melebihi enam (6) bulan.

Pekerja yang diberhentikan

  • Salinan Surat Pembentian Pekerjaan daripada majikan terdahulu.
  • Satu (1) salinan akuan bersumpah pendapatan dengan menggunakan Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (semakan-1996) yang telah disahkan (jika mempunyai pendapatan bulanan).

Pekerja yang bekerja sendiri

  • Satu (1) Salinan Penyata Pendapatan (LHDN) / Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan -1969) yang telah disahkan / Satu (1) salinan Surat Pendaftaran Perniagaaan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika berkaitan)
  • Satu (1) salinan Bil Utiliti (bil air / Elektrik) yang terkini bagi pengesahan alamat tetap Pelatih dan Penjamin.
  • Satu (1) salinan gaji terkini / akuan sumpah pendapatan dengan menggunakan Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan – 1969) Penjamin (jika tiada slip gaji) dan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin.

Arahan Bayaran

  • satu (1) salinan Penyata Akaun RHB pelatih yang baru / aktif yang mengandungi maklmuat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank pelatih.

Semua permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran hendaklah dikemukakan melalui Penyedia Latihan Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK